BEST

Selasa, 26 Ogos 2014

MENCARI MANISNYA IMAN.KETENANGAN YG ABADI

Saat ini kenapa hati masih kosong,fikiran semakin merunsing,denyutan badan pula bertambah,mata semakin sayu dibuai fikiran negatif?InsyaAllah.Selepas mmbaca tulisan ini denyutan pada badan pun akn smakin berkurang,saraf2 kembali menegang juga hati kmbali tenang.

Saya berminat menambah bahagian2 buku La Tahzan(buku motivasi islam yg paling laris di benua arab)&tambah dgn dalil Al-quran yg telah kami ulangkaji tafsirnya..."Wahai tuhan kami ,janganlah engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah,tetapi engkau perbetulkanlah kami dan tambahkanlah ilmu kami serta perbanyakkanlah amal kami juga ampunkanlah dosa kami dengan limpah rahmat-MU.AminInsyaAllahjoms Relaks minda dengan permandangan indah ciptaan Allah untuk kita semua hambanya.MasyaAllah

                                                                            ISLAM SATU CARA HIDUP .

As-salam kepada hamba Allah,kekasihnya Allah juga wali2 Allah yg sedang mmbaca artikel ini..knp tajuk utama adalah manisnya iman??yaa kita umat islam dimuliakan dgn iman,maka apabila ssorang mndapat manisnya iman dia juga akn merasakan sgt manisnya kehidupan ini. .
knp sukarnya mndapat kemanisan dalam kehidupan ?kerana sangkaan buruk manusia itu sendiri kpd tuhannya.


Penulisan ni bukannya tanda saya paling ber
sangka baik kepada Allah tetapi mungkin hati sayalah yg paling berdosa dengan Allah .penulisan ini seperti membaling bola getah ke dinding.artikel ini juga bukan penawar bagi penyakit yg ada di dalam dada.ttp Semoga tulisan ini akan membuka mata dan hati anda juga saya,dan membuatkan kita bersegera mencari penawarnya dalam Al-quran sperti firmanNya Allah:-
"Hai manusia,sesungguhnya kitab Al-quran itu adalah penyembuh bagi penyakit2 yang berada didalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang2 beriman(surah yunus ayat57) "

Jumaat, 15 Ogos 2014

HUSNUZZON(Berbaik Sangkalah Duhai Hati)

BURUK SANGKA TERHADAP ALLAH DAN MAKHLUKNYA SERTA AKIBATNYA.
Beriman dengan qadha' dan qadar merupakan salah satu dari rukun iman yang enam.jika tidak beriman pada rukun ini mana mungkin dapat merasakan manisnya iman.
Sikap sangka baik dan sangka buruk berkait rapat dengan keimanan dengan qadha' dan qadar. Sebagai hamba yang beriman, kita dikehendaki sentiasa bersangka baik terhadap Allah s.w.t. Apabila kita bersangka baik terhadap Allah s.w.t banyak kebaikan yang akan kita perolehi. Sebaliknya kita dilarang dari bersangka buruk terhadap Allah s.w.t, kerana apabila kita bersangka buruk kepada Allah swt maka kita telah melakukan satu dosa yang boleh menjerumuskan kita kepada kekufuran dan kemaksiatan.
Buruk sangka terhadap Allah bermaksud menganggap apa yang berlaku terhadap seseorang khususnya bala, bencana atau kesusahan atau kegagalan tidak sepatutnya berlaku . Perasaan ini tidak berlaku ke atas orang yang beriman kepada Allah, kerana orang kafir sememangnya tidak yakin dan tidak percaya dengan Allah s.w.t, namun kerana dalam hatinya ada penyakit menyebabkan mereka tidak dapat menerima ketentuan dari Allah dan yang lebih malang lagi apabila mereka menyalahkan Allah swt atas apa yang berlaku ke atas diri mereka.
Sifat buruk sangka terhadap Allah swt amat merbahaya kerana ia boleh menjejaskan aqidah dan keimanan seseorang. Antara akibat buruk disebabkan sangka buruk terhadap Allah swt.
1) Menyebabkan berkurangnya keyakinan dan keimanan kepada Allah s.w.t.
2) Apabila seseorang tidak menerima ketentuan Allah swt dan menyalahkanNya pula bererti ia tidak yakin dengan kebijaksanaan Allah swt.
3) Seseorang yang buruk sangka terhadap Allah swt boleh dianggap sebagai menganggap Allah bersifat lemah sehingga beranggapan Allah tidak sepatutnya melakukan sedemikian.
4) Buruk sangka terhadap Allah swt boleh menjadikan manusia sombong dan meninggi diri sedangkan manusia tidak memiliki dan apa yang ada pada manusia semuanya adalah milik Allah s.w.t.
5)Hati dan jiwanya tidak bahagia dan tidak tenteram, sentiasa keluh kesah dan sentiasa menyalahkan orang lain.
Kita dilarang berburuk sangka dengan Allah swt kerana ia bertentangan ajaran dan pertunjuk al-Quran.
Firman Allah s.w.t surah al-Baqarah, ayat 155-157;
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ.
Maksudnya; Dan kami akan berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun". Mereka Itulah yang mendapat keberkatan yang Sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka Itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.
Firman Allah swt surah Fussilat ayat 22-23;
وَمَا كُنْتُمْ تَسْتَتِرُونَ أَنْ يَشْهَدَ عَلَيْكُمْ سَمْعُكُمْ وَلَا أَبْصَارُكُمْ وَلَا جُلُودُكُمْ وَلَكِنْ ظَنَنْتُمْ أَنَّ اللَّهَ لَا يَعْلَمُ كَثِيرًا مِمَّا تَعْمَلُونَ وَذَلِكُمْ ظَنُّكُمُ الَّذِي ظَنَنْتُمْ بِرَبِّكُمْ أَرْدَاكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maksudnya;Kamu sekali-sekali tidak dapat bersembunyi dari kesaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu kepadamu bahkan kamu menyangka bahwa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan. Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang Telah kamu sangka kepada Tuhanmu, dia Telah membinasakan kamu, Maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi.
Justeru manusia perlu redha, mesti pasrah atas apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt, jangan sekali-kali kita mempertikaikan ketentuan Allah s.w.t kerana manusia pada hakikatnya tidak memiliki apa-apa, semua yang ada samada diri manusia mahupun dunia ini adalah milik yang mutlak bagi Allah s.w.t.
اللَّهُمَّ إني أسألك الرضا بالقضاء والقدر وبرد العيش بعد الموت ولذة النظر إلى وجهك والشوق إلى لقائك في غير ضراء مضرة ولا فتنة مضلة
"Ya Allah, Aku bermohon kepadaMu, Kurniakan kepadaku sifat redha dengan ketentuan qadha' dan qadar Mu ya Allah, redha dengan kehidupan selepas mati, kurniakanlah kepadaku kelazatan menatap wajah Mu ya Allah, kurniakanlah kepadaku perasaan rindu untuk bertemu dengan Mu tanpa kesusahan yang memudharatkan dan fitnah yang menyesatkan..... Amen Ya Rabb al-Alamin."






Selasa, 12 Ogos 2014

Laa Tahzan.Sebuah pandangan dari perjalanan.

Saya tahu semua yg berkunjung ke sini & membaca blog ini punya satu impian.iaitu kehidupan yg tenteram lagi bahagia. yaa pertama penulisan ini mengajak anda mengeluarkan tenaga positif dari diri anda menjalani hidup sesuai peredaran masa ,melupakan denyutan dibadan,meredakan dada yang tidak berhenti berdebar,membekukan jari yg sentiasa mengeletar serta menghapuskan fikiran yg sentiasa berulang. yaA sebelum lupa saya brminat terjemahkan tentang "Anxiety desolder" & "OCD" merupakan 2 penyakit yg sgt trkenal dikalangan kita dan mungkin kita juga sedang menghadapinya tanpa kita sedari :) Anda akn trsenyum apabila anda mndapat berita bahawa anda salah sorang daripadanya.ttp jgn pula terus panic,penyakit tidaklah parah jika anda dapat mengawalnya&sangat parah jika tiada cara pengawalan diambil:) dan hanyut dengan kesedihan dan sangkaan neg.

2)Saya menulis artikel ini bagi siapa saja yang snantiasa merasakan hidup dalam kegelisahan juga kecemasan yg mana saya tulis utk ingati diri sy sendiri supaya selalu bersukur  dan anda semua umat Nabi Muhammad. SAW . Supaya apabila saya lemah atau lupa saya akan cepat2 taklim penulisan ni.  
3)supaya kita umat Nabi Muhammad SAW lebih kuat membina jati diri & keluarga .mengharungi perjalanan masa&selamat di dunia serta akhirat.
adapun Bagi diri ini supaya saya dapat kemukan hujjah saya apabila saya berdiri hina dihadapan Allah dihari pengadilan kelak.saya amat takut ditanya"Kenapa saya tidak kongsikan kebaikan yg telah Allah s.w.t kurnia kan kepada saya.
".Maka adapun yg baik2 didalam artikel ini semuanya datang dari Allah lah semata.



4)Artikel ini mencuba memberi juadah berbuka bagaimana mengusir rasa kelaparan tertekan,cemas,dan sedih berpanjangan serta putus asa . Dan saya kongsikan untuk kita org awam umat rasulullah akhir zaman yg lemah imannya,yg sgt mudah diperalatkan oleh syaitan.malah semasa anda sedang membaca artikel ini pun saya percaya syaitan telah pun memainkan peranannya,"syaitan akan menerapkan sikap putus asa dikalangan kita.K nak sembuh kan ?
Start serius dari sekarang k.kita tunjukkan komitmen kita untuk berubah dari sekarang.pasti Allah akan menyembuhkan dan akan menggantikan dengan perkara yg lebih baik.Amin:)


5)
Bagi yg masih tidak mengalami masalah ini juga anda juga wajib mmbaca penulisan ini.kerana apa ?baca nih…
Morning~ huuu pagi ni tgh tdo tetibe xble nafas...
1st time kne cmni,trus mgigil n T.T
Agak tkejut la bile tkena cmni 1st time utk simptom sebegini.masih terfikir np jd cmni,,,mcm tekak tetibe kene block...korg biasa kene aacamni?mcm pelik laaa otak tgh tdo n relax bole kene plak...bkn nye ngah pk pape pon
Anxiety come anytime what ever you do..
Artikel ini bukan sahaja untuk mereka yg sdg cemas tertekan saat ini,juga bagi mereka yg mahukan kualiti hidup yg lebih baik meniti usia mndatang.kerana tidak selamanya kita akn brada di atas.kerana sudah lumrah kehidupan ini adalah ujian menuju Syurga firdaus.

Mulakan membaca dengan menyebut nama Allah k , kemudian senyum plss:)nak sembuh x?k

Alhamdulillah-Terima kasih Allah,Segala-gala puji dan syukur ke hadrat Allah yg masih izinkan kita bernafas saat ini,tidak lupa juga anugerah mata yg didalamnya punyai lapisan2 kornea yg mghubungkan maklumat ke aqal fikiran yg tidak ternilai &dengannya kita sedang membaca artikel ini,juga telinga yg sedang kita dngarkan alunan lagu dari ggendang sehingga menghasilkan gelombang dll .hebat bukan apa yg ada pada diri kita ?

Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, datangnya daripada Allah SWT."QS
 
sebelum membaca mohon selawat kepada nabi MuhammadSAW 3x..KERANA SESUNGGUHNYA KEBAIKAN ILMU ITU DARI YG MAHA BIJAKSANA MAKA TIADALAH MANFAAT JIKA TIADA IZIN DARI ALLAH.MAKA MOHONLAH MANFAAT DARI ILMU INI.
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ(Allahumma solli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad
  Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda.

"Allah tuhan yg bergantung kepada-Nya segala sesuatu ",QS-Al-ikhlas
 (Semua yg ada dilangit &bumi selalu meminta padanya)
     
          Ketika Jiwa tertekan,jantung mula bergemuruh,darah tinggi menggunung,mata tidak mampu lagi lelap dan badan mula berdenyut sendiri.semua manusia akan menyeru "Ya Allah..."
     
          Ketika semua cara tak mampu menyelesaikan,setiap jalan temui jalan buntu,manusia menyeru "Ya Allah" tak ada sesiapa yg mampu menolong selain kalimah laa ilahaillallah.
Moga ayat2 itu menjadi pengajaran bagi orang yg punyai aqal...

Saat fikiran dalam kerunsingan memikirkan perkara yg negatif yg tidak memberi manfaat sama skali, maka anda patut amalkan cara ini.
kosongkan hati kemudian lihatlah diri anda yg mempunyai pelbagai macam nikmat lagi untuk anda kumpulkan bekalan akhirat ,kemudian mulakan ZIKIR ALHAMDULILLAH
cpt2 Ingatkan hati:"Org beriman itu hati mereka tenteram bila mengingati Allah"
Mengingati Allah bukan hanya semata berzikir malah banyak lagi seperti mmbaca Al-quran,sembahyang ,dan sebagainya.


LAILAHAILLALLAH.
Tuhan sekalian alam.pengatur sekalian alam.satu kata sejuta makna.
Perhatikan org yg tggl di berlimpah harta benda -lailahaillallah,org yg pandai bijaksana terlahir dari lailahaillallah.

Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, jadikan kesedihan itu awal kebahagian, dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tentram. Ya Allah, dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan, dan padamkan bara jiwa dengan air keimanan. (Laa tahzan)

BERSYUKUR.
BERSYUKURLAH DENGAN SYUKUR YG SEPATUTNYA
Bersyukur .apa itu bersyukur? Bersyukur itu berterima kasih atas kesenangan yg telah dikaruniakan seseorang kepada kita .kata guru agym jika kita fokuskan kpd nikmat Allah siang mlm.maka mana mgkin kita akn berburuk sgka kpdnya.kita bergelimang dengan nikmat&petunjuknya.ttp kdg kita terlupa syukur.

USAH BERSEDIH ATAS BAHAGIANMU.
Betapa banyak perkara yg dianggap mustahil akhirnya menjadi sandaran diri.buah rezeki.itulah bukti kekuasaan yg jarang di renungi..
Jika Allah mahukan sesuatu yang lebih baik, walaupun seisi dunia termasuk jin dan manusia menghalangnya, tiada yang dapat masuk campur dan mencegahnya. Kebaikan, keindahan, cinta, hormat dan pelindungan yang diberi Allah terhadap seseorang yang ikhlas benar-benar nyata pada orang itu.
“Katakanlah, “Siapakah yang dapat melindungi kamu dari (ketentuan) Allah jika Dia "mengkehendaki bencana atasmu atau mengkehendaki rahmat untuk dirimu?” <mereka itu tidak akan mendapatkan pelindung dan penolong selain Allah.” (Surah al-Ahzab:17)

“Jika Allah Menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah Membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal.” (Surah Ali ‘Imran:160)
“Dan jika Allah Menimpakan suatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah Menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia Memberikan kebaikan kepada siapa sahaja yang Dia Kehendaki di antara hamba-hamba-Nya. Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (Surah Yunus:107)
Seseorang yang beriman mesti sentiasa ingat tiada sesuatu selain Allah boleh masuk campur dalam apa-apa perkara. Melupakan kebenaran ini membawa seseorang kepada gangguan kecemasan

TIADA GANTI MELAINKAN DARI ALLAH.
Allah Azza wajalla tidak pernah mencabut sesuatu dari Anda melainkan Allah akan akan menggantikannya(la tahzan) dengan yg setara dengannya.yg lebih baik darinya bahkan terkadang Dia melipat gandakan ganti itu dengan nikmat yg tidak disangka sangka. 
Ambillah pengajaran dari kisah nabi yaakub kemudian,
Perhatikan dalil .Dari ummu salamah nabi mengajarkan kalimat istidtaj..

DAN SIAPAKAH YG PERKENANKAN HAJAT ORANG YG MEMINTA ?


TANDA DIRI DIHINA ?
Bukan begitu...sesekali tidak begitu.sangkaan itu salah kerana.perbaikkan sangkaan itu kerana.
"Boleh jadi kamu benci sesuatu padahal itu sangat baik bagimu"
Apa yg kita tahu tentang diri kita ? Tntang luaran pun belum tentu tau habis inikan pula roh







Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata `aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata `aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”